Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

Normala: Salam perjuangan dari Kak Mala. Teruskan usaha, insyaAllah pasti menemui kejayaan yg anda idamkan
Sophia: Tahniah atas lahirnya blog ini. Istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam melakukan biz ini, insyaAllah kejayaan pasti menyusul...

Please type in the four characters shown in the black box.

Monday, March 17th 2008

11:47 AM

taktik jom mkn?

  • Mood: alhamdulillah

 

 

Assalamualaikum,

Sudin (bukan nama sebenar) mempelawa rakannya
Zaidi (juga bukan nama sebenar) datang ke
rumah.

Kata Sudin, "aku nak jemput kau makan sikit
kat rumah aku malam ni. Datanglah". Zaidi
pun setuju dan tepat 8:30 malam, Zaidi sudah
berada di rumah Sudin.

Zaidi berasa aneh kerana Sudin ada seorang
lagi tetamu asing yang belum pernah beliau
kenali di rumah Sudin.

Tak lama kemudian, tahulah Zaidi yang tetamu
asing itu ialah upline Sudin yang bakal
memperkenalkan satu peluang hebat - peluang
mendapatkan pendapatan yang tiada hadnya di
dalam dunia ini.

Dalam masa setengah jam kemudian, Zaidi sudah
diperkenalkan dengan produk unik X yang mampu
merawat pelbagai jenis penyakit. Bukan itu
sahaja, jika Zaidi menyertai kumpulan
pengedar mereka, Zaidi berpeluang melancong
ke 5 buah negara asing dalam masa 3 tahun
dari sekarang. Pangkat "manager", "diamond"
dan "super duper diamond" juga dijelaskan.

Wow! Sudin teruja... namun Zaidi masih lagi
bingung.

???

"Aku ingat ada kenduri, rupa-rupanya ada duri",
fikir Zaidi.

Zaidi rasa tertipu, walaupun selepas pembentangan
peluang perniagaan tersebut, memang ada nasi
briani lauk ayam masak ros. Nasinya enak, namun
Zaidi masih tidak dapat lupakan yang dirinya
sudah ditipu.

Sebelum pulang, Zaidi dipujuk untuk menyertai
kumpulan pemasaran rangkaian mereka. Disebabkan
sudah makan nasi briani berlaukkan ayam lazat,
Zaidi secara terpaksa akur menandatangani borang
pengedar.

Malam itu, Zaidi pulang ke rumah dengan perasaan
hampa. Walaupun beliau sudah menyertai syarikat
pemasaran rangkaian XYZ yang Sudin perkenalkan,
beliau bersumpah yang beliau tidak akan menggunakan
taktik "makan percuma" kepada rakan-rakannya
yang lain semata-mata untuk mendapatkan ahli
baru di bawah beliau.

Kata hati Zaidi, "cukuplah aku saja yang terkena".

Saya rasa tidak kurang juga di antara kita yang
diperkenalkan kepada pemasaran rangkaian secara
"bait and switch" - umpan sesuatu benda, kemudian
perkenalkan peluang perniagaan.

Tak tahulah jika anda tidak terasa, tetapi saya
juga akan merasakan seperti apa yang Zaidi
rasakan sekiranya teman rapat saya cuba menaja
saya dengan cara sebegitu.
                                        ZAMRI NANYAN

0 user comments / leave a comment

Saturday, March 15th 2008

11:35 AM

M L M memang skim piramid?

  • Mood: good

 

 

Sebelum saya jawab soalan ini, biar
saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang
presiden atau perdana menteri, diikuti
oleh beberapa menteri... dan wakil-
wakil rakyat lain, ketua daerah dan
sebagainya.

Cuba perhatikan...

Adakah jumlah perdana menteri lebih
ramai dari menteri? Bagaimana pula
jumlah menteri berbanding wakil
rakyat... dan jumlah... anda tahu
selebihnya bukan?

2. Sebuah syarikat mempunyai seorang
CEO atau presiden, diikuti dengan
naib presiden, direktor, pengurus
dan lain-lainnya.

Berapa ramaikah bilangan direktor jika
dibandingkan dengan jumlah pengurus?

Sudah tentulah jumlah direktor lebih
rendah dari jumlah bilangan pengurus.

Bagaimana pula gaji presiden
berbanding gaji seorang pengurus?
Bolehkah seorang pengurus mempunyai
gaji setinggi gaji pesiden? Tentu
kucar-kacir pengurusan syarikat ini
jika gaji presiden (orang paling
tinggi dalam piramid) lebih rendah
dari gaji seorang pengurus.

3. Sebuah organisasi M L M mempunyai
pemimpin yang mempunyai lebih ramai
orang di bawah beliau dengan pelbagai
pangkat yang lebih rendah. Beliau
mendapat lebih banyak pendapatan
daripada orang lain.

Walau bagaimana pun, tidak mustahil
orang di bawah beliau menjadi lebih
bagus dan menyamai atau mendapat
lebih banyak pendapatan daripada 
beliau pada suatu hari nanti. Semuanya
bergantung kepada usaha mereka
membina sebuah piramid yang besar.

Jadi, apakah kesimpulan yang hendak
saya buat di sini?

Senario manakah lebih adil?

Jangan anda tersalah anggap yang
sesebuah organisasi piramid itu adalah
menyalahi di sisi undang-undang. Yang
salahnya ialah skim cepat kaya yang
menggunakan piramid untuk menindas
orang bawahan.

Sebenarnya, organisasi yang berbentuk
piramid adalah sebuah organisasi yang
kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin
akan tumbang. Ekonomi negara akan ke
belakang, dan orang akan terus gagal
di dalam bisnes.

Masalah piramid dan M L M sepatutnya
difahami dengan betul... dan bukannya
mengambil kesimpulan yang M L M adalah
sebuah piramid dan menyalahi
undang-undang.

Jadi, betulkan M L M itu sebuah piramid?

Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi
tidak semestinya skim piramid atau skim
cepat kaya yang menyalahi undang-undang.
Kerajaan kita juga berbentuk piramid,
syarikat swasta dan kerajaan juga
berbentuk piramid. Mungkin keluarga
anda juga berbentuk piramid.

                                                                                    ZAMRI NANYAN,

0 user comments / leave a comment

Saturday, March 8th 2008

12:34 AM

Mari bersama berjaya dengan Smart Naco&Smart Success Team

  • Mood: ceria

 

 

Assalamualaikum,

 

Harap anda berada dalam dalam keadaan sihat sejahtera,first sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang sudi untuk membaca blog saya ini yang tidak seberapa.Saya merupakan seorang pelajar yang dulunya seorang yang suka membuang masa dengan bermain game dan berchatting,Tetapi itu semua berubah setelah saya menjumpai satu perniagaan MLM yang mampu mengubah hidup saya menjadi Usahawan yang berjaya dan maju jaya,insyaallah.Ia bermula apabila pada satu hari saya ada terbaca msg yang di hantar ke dalam mail box saya yang menerangkan mengenai perniagaan ini.Apabila saya membaca msg itu,saya mula merasa teringin untuk menyertai program Usahawan ini,Ia adalah kerana cara-cara untuk mempromosikan dan menjual produknya  sangat mudah.

 

     Antara caranya yang mudah ialah,program ini boleh di lakukan secara online bagi mempromosikan perniagaan ini serta untuk menjual beli produknya.Ia sangat sesuai untuk saya dan orang-orang yang seperti saya,iaitu orang yang mempunyai darah gemuruh,memang sukar bagi orang seperti kami untuk menjalankan perniagaan ini secara langsung bagi mempromosikan produknya atau mencari downline.Oleh itu,masalah yang saya hadapi  boleh ditangani dengan  perniagaan ini kerana saya tidak perlu berjumpa pelanggan kerana kemudahan yang program ini berikan kepada saya,sangat menyenangkan. 

 

     Akhir sekali saya berharap anda dapat bersama sama saya untuk berjaya dengan perniagaan MLM ini yang bakal mungubah kehidupan kita yang dulunya kesempitan wang untuk membayar itu ini,tetapi selepas menyertai program ini masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah,insyaallah. 

  maklumat seterusnya akan menyusul tidak lama lagi...  

      

0 user comments / leave a comment

Friday, March 7th 2008

10:35 PM

Welcome to your new Bravenet Blog.

  • Mood: Excited!
You can maintain your blog by logging in to your Bravenet account. Once you are logged in you can customize the layout, colors, and features. In addition, you can add your own links, edit your profile, add your friends, and change many other options to personalize your blog.

Once you begin using your blog, you can view statistics in your members area to see how many people are reading your blog as well as where they come from.

We hope you enjoy your Blog. Be sure to tell all your friends about this great new service from Bravenet!
0 user comments / leave a comment